Tuesday

Laman WEB PPD berwajah baru

Layari Laman WEB Rasmi PPD yang berwajah baru. Menggunakan platform Joomla 2.5, laman WB ini lebih interaktif dan mesra pengguna. Masih url : www.ppdpasirputeh.edu. my. Selamat melayari Internet!

Sunday

Melalui Pengetua dan Guru Besar.

Perlantikan Jawatankuasa Data PPD Pasir Puteh 2012

Tuan,

Unit Pengurusan Data dan Maklumat PPD Pasir Puteh akan mengadakan mesyuarat Pengurusan
Data Peringkat PPD Pasir Puteh. Tuan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Data PPD Pasir Puteh.
Tuan dijemput untuk menghadiri mesyuarat jawatakuasa Data kali 1 2012. Maklumat selanjutnya tuan boleh muat turun surat panggilan di bawah.

Kehadiran pihak tuan amat dihargai.

Sekian.

Surat Panggilan mesyuarat. <Muat turun >

Wednesday

Keputusan Kenaikan Pangkat

Semak keputusan permohonan kenaikan pangkat anda anda. Klik Keputusan Kenaikan Pangkat .Semoga berjaya, Selamat Hari Guru.

Thursday

Klik di sini

Aplikasi Permohonan Time Base Terkini

Mohon Guru Data muatturun Aplikasi Sistem Naik Pangkat terkini dari JPN. Aplikasi ini telah diupdate dan diperkemas. Sila rujuk manual yang disertakan. Untuk makluman fail eksport dihantar seperti yang diberi semasa taklimat.
Cara eksport & hantar data :
1)Backup - eksport - pilih lokasi - folder name biarkan kosong - ok
2)Email/Upload atau salin ke CD txt fail untuk penghantaran ke PPD

Klik < Aplikasi Naik Pangkat >

Unit Teknologi dan Maklumat

Penghantaran Permohonan Time Base 2012

Online Form powered by

Wednesday

Manual Aplikasi Pangkalan Data Murid Tahun 1

Sila download manual < di sini > untuk rujukan sekolah.
Terima Kasih.

Pembekuan Data EMIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pembekuan data EMIS bagi bulan Februari akan dibuat pada 1hb Mac jam 4 petang. Sehubungan itu, JPN ,PPD dan Sekolah boleh mula tturundata masing-masing untuk semakan ralat pada 2hb Mac 2012.
Data akan dibuka semula pada 2hb Mac jam 7 malam. Data tersebut akan digenerate untuk dijadikan Laporan KPPM pada minggu pertama Mac.
Data tersebut akan digunapakai oleh KPPM untuk sebarang perancangan SBPA dan pengumuman media.

Sekian, terima kasih.

Saturday

DOSR Januari 2012

Makluman dan tindakan SEGERA kepada Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah.
Diminta kemaskini data operasi sekolah rendah (DOSR) berakhir 15 Januari 2012. Pengemaskinian ini penting bagi memastikan urusan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah dapat diuruskan dengan mudah dan berkesan oleh Pengurusan Sekolah.
Data tguru_r yang diambil dari sistem hendaklah dihantar kepada : rostandata @ gmail.com dan cc ke ict.ppdpp@gmail.com.
Tindakan tuan amat diperlukan, sekian, terima kasih.

Monday

Penghantaran Fail Eksport SSM 2011

Kepada : Pengetua/Guru Besar

Makluman : Tuan/Puan diminta menghantar fail eksport Sistem Prestasi 2011 dengan kadar segera ke Unit Teknologi Maklumat PPD Pasir Puteh (up : Fadzilah bin Sidik). Untuk makluman, markah Penolong Kanan akan dimasukkan (key-in) oleh pihak PPD.
Penghantaran data boleh dilakukan sebagaimana berikut :
1) email - ict.ppdpp@gmail.com
2) CD
3) Upload melalui blog ppdpp-info@blogspot.com @ www.ppdpasirputeh.edu.my

Kerjasama tuan/paun amat diperlukan demi memastikan kelancaran pengurusan berkenaan Panel Gaji dan markah prestasi.

Terima kasih.

Tuesday

Kemaskini Data E-Perlu sekolah

Taklimat dan pengisian Data E-Perlu dalam talian akan diadakan pada 12/10/2011 (RabU jam 2.30 petang di PPD Pasir Puteh. Guru Data diminta hadir dengan membawa laptop, wayar penyambung. broadband modem dan maklumat keperluan fizikal sekolah.

Pengisian akan dibuat semasa program berkenaan. Untuk maklumat, tarikh akhor pengisian ialah pada 14/10/2011 (Jumaat). Kerjasama dan tindakan pihak sekolah amat diperlukan.

Monday

Pengesahan Langganan Schoolnet Jaring

28 Ogos 2011 - JPN memerlukan pengesahan dari pihak sekolah bagi menjelaskan bil Januari dan Februari sebagaimana dituntut oleh pihak Jaring Communication. Sekolah berkenaan ialah :
1) SK Banggol Pa'Esah
2) SK Gong Manak
3) SK Wakaf Raja
4) SK Bukit Merbau
5) SK Gong Garu
6) SK Jeram
7) SK Jelor
Pihak sekolah dipohon membuat pengesahan dengan mengisi borang yang disediakan.Sila dapatkan borang dan surat arahan berkenaan di PPD Pasir Puteh segera. Pengesahan hendaklah dihantar sebelum 5 September 2011.
Sekian, teirma kasih
Dari : Unit Teknologi dan Maklumat