Monday

Penghantaran Fail Eksport SSM 2011

Kepada : Pengetua/Guru Besar

Makluman : Tuan/Puan diminta menghantar fail eksport Sistem Prestasi 2011 dengan kadar segera ke Unit Teknologi Maklumat PPD Pasir Puteh (up : Fadzilah bin Sidik). Untuk makluman, markah Penolong Kanan akan dimasukkan (key-in) oleh pihak PPD.
Penghantaran data boleh dilakukan sebagaimana berikut :
1) email - ict.ppdpp@gmail.com
2) CD
3) Upload melalui blog ppdpp-info@blogspot.com @ www.ppdpasirputeh.edu.my

Kerjasama tuan/paun amat diperlukan demi memastikan kelancaran pengurusan berkenaan Panel Gaji dan markah prestasi.

Terima kasih.

Tuesday

Kemaskini Data E-Perlu sekolah

Taklimat dan pengisian Data E-Perlu dalam talian akan diadakan pada 12/10/2011 (RabU jam 2.30 petang di PPD Pasir Puteh. Guru Data diminta hadir dengan membawa laptop, wayar penyambung. broadband modem dan maklumat keperluan fizikal sekolah.

Pengisian akan dibuat semasa program berkenaan. Untuk maklumat, tarikh akhor pengisian ialah pada 14/10/2011 (Jumaat). Kerjasama dan tindakan pihak sekolah amat diperlukan.

Monday

Pengesahan Langganan Schoolnet Jaring

28 Ogos 2011 - JPN memerlukan pengesahan dari pihak sekolah bagi menjelaskan bil Januari dan Februari sebagaimana dituntut oleh pihak Jaring Communication. Sekolah berkenaan ialah :
1) SK Banggol Pa'Esah
2) SK Gong Manak
3) SK Wakaf Raja
4) SK Bukit Merbau
5) SK Gong Garu
6) SK Jeram
7) SK Jelor
Pihak sekolah dipohon membuat pengesahan dengan mengisi borang yang disediakan.Sila dapatkan borang dan surat arahan berkenaan di PPD Pasir Puteh segera. Pengesahan hendaklah dihantar sebelum 5 September 2011.
Sekian, teirma kasih
Dari : Unit Teknologi dan Maklumat